10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
===============================
( ♥ Sila SHARE, LIKE dan TAG jika anda suka artikel ini ♥ )
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2.
Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan,
peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi
dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di
sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya
sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing
di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil
tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4.
Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih
sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus
atau denyut halus di perut.
5.
Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut
ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila
mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula
terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan
mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di
dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini
akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah
terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat
perkembangan mentalnya.
9.
Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan
yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan
mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10.
Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan
membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di
sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^
Copyright© LifeFit.my <-- Sila klik utk tips2 berkenaan kecantikan, kesihatan, kehamilan, berpantang dan menyusu..